Sunday, July 24, 2011

Bar Council Sokong Pembunuh Demi Kepentingan DAP

Sumber dari blog PAPAGOMO, sila klik sini.


KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana mempersoalkan hasil laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock yang sekali gus dianggap menghina institusi raja. Senator Ezam Mohd. Nor berkata, Majlis Peguam jelas menjadi persatuan rasis, berkepentingan dan perkakas politik kepada pembangkang khususnya DAP dalam kes ini.

"Kenyataan yang dikeluarkan Majlis Peguam dilihat bodoh, rasis dan berbaur politik. DAP yang sepatutnya meminta maaf kerana amalan korup mereka yang menyebabkan Beng Hock menjadi mangsa.

"DAP khususnya majikan Beng Hock yang amalkan rasuah menjadi punca kes ini bermula. Pemimpin DAP wajib minta maaf dan bayar ganti rugi pada keluarga Beng Hock," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam yang menolak penemuan laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mengikut laporan portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Tambah Ezam, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga dilihat menghina keputusan suruhanjaya diraja dan mesti dikenakan tindakan kerana memberi contoh pemimpin tidak ada adab dan kurang ajar.



Itulah dia DAP dalam penyamaran nya dalam wajah Majlis Peguam. Bukan isu baru tapi dah lama Majlis Peguam ni dipenuhi si bangsat bangsat DAP yang sememangnya menolak sistem Beraja yang ada dalam Kerajaan Malaysia hari ini.

Gomo nak ingatkan balik kepada semua kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 lagi yang lain. Peguam yang membunuh dengan kejam 4 orang Melayu Islam itu adalah ahli DAP seumur hidup dan juga merupakan ahli majlis Bar Councile.

Majlis Peguam tidak pernah sama sekali mengeluarkan apa apa kenyataan mengutuk pembunuhan tersebut malah dilihat melindungi ahlinya yang Totok DAP itu.


Apakah kita tidak jelas bahawa Majlis Peguam waktu ini sudah terang terangan menjadi alat boneka DAP dna Pakatan Pembangkang dan sewajarnya kita seluruh rakyat Malaysia menolak Majlis Peguam ini.
Pembunuh Kejam

Mereka sudah tidak lagi Relevan bila bercakap soal Undang Undang kerana jika tidak memihak pada mereka maka akan salah lah orang itu tetapi jika mereka mempunyai kepentingan maka merekalah yang akan bermati matian membela si Tertuduh.

Pada Gomo ini semua adalah Nanah yang akan menjahanamkan Malaysia Negara yang berdaulat. Ayuh kita tentang Bar Council ini.

NOTA YMIS: Begitulah hakikatnya Bar Council yang menjadi perkakas untuk pihak DAP dan pembangkang me'legal'kan apa yang mereka suka dan menghentam apa yang mereka tidak suka atau yang tidak berpihak kepada 'citarasa' dan nafsu mereka. Sepatutnya Bar Council menjadi pengimbang dan penasihat kepada perundangan negara, sesuai dengan lambang Bar Council. Lambang dacing Bar Council jelas nampak sengget sebelah.....

Thursday, July 21, 2011

Anwar Mendakwa Dia Cuba Di Bunuh Di Depan Ribuan Pengikut.....

Sumber dari blog AIDC, sila klik sini.

Dah Agak Dah…Akhirnya Mesti Masuk Skrip Cuba Bunuh Anwar..

AIDCNews – 21/07/11 – Setelah hampir sebelas hari Fayyahd Afiq Albakqry, pegawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ‘cedera parah’, akhirnya semalam, 20 Julai, pegawal peribadi yang berumur 25 tahun itu tampil membuat laporan polis dan mengemukakan saman sivil kepada polis yang didakwanya mengakibatkan kecederaannya. Kejadian berlaku pada 9 Julai, kenapa baru lapor polis pada 20 Julai ?

Masih ingat lagi kes Anwar arahkan peguamnya, Lateffa Koya tukar skrip dua saksi, Muhamad Rahimi Osman dan Rasid Rosidi di Quality Hotel ? Apakah peranan Lateffa kini diambil alih oleh Naib Presiden PKR, N Surendran ? Semalam, semasa lapor polis, Fayyahd tidak bercakap, yang bercakap bagi pihaknya adalah peguamnya, N Surendran. “Mereka (skuad penembak FRU) bertujuan menembak secara direct di kepala Anwar dengan salah satu kanister yang boleh membunuh. Kami mahu kes ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh” kata Naib Presiden, N Surendran seperti dilaporkan Malaysian Insider. Klik di sini
Tiada sebarang bukti atau apa-apa dokumen dikemukakan, semuanya hanya tuduhan semata-mata.

Laporan doktor yang merawat Fayyahd di Hospital swasta Pantai pun tidak dikemukakan. Kemudian Naib Presiden lantikan PKR itu menambahkan lagi asas pertuduhan dengan mendakwa “Cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki Datuk Seri Wan Azizah, ancaman terhadap cucu Anwar dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998″, kata Surendran seperti dilaporkan Suara Keadilan. Klik di sini
Rosli Ismail, wartawan Agendadaily berkata tidak masuk akal polis mahu menembak Anwar di tempat ribuan orang awam memandangnya yang boleh dijadikan saksi. “Tak ada ke tempat lain yang sunyi sepi ke ? Contohnya macam waktu di bilik apartmen tempat seorang aktor lelaki perkasa sedang lanyak GRO China…bukankah operasi nak bunuh orang ini boleh dilakukan dengan mudah,tenang dan jayanya”, katanya. Menurutnya spin Anwar nak kena bunuh bukan cerita baru, tetapi cerita lama yang sentiasa diulang tayang sejak dari zaman eformasi.

“Dulu lagi semasa awal-awal Saiful Bukhari Azlan dakwa dia diliwat Anwar – Ketua Umum PKR itu cabut lari masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Siapa boleh lupa drama itu. Lepas tu bukankah timbul dakwaan ada ancaman keatas nyawa Anwar. “Ini belum lagi masuk bab dakwaan racun arsenik masa dalam penjara Sungai Buloh dulu. Begitu juga dakwaan suntikan HIV lah. “Aneh juga Anwar masih boleh bersiul-siul bebas ke sana kemari ceramah serata ceruk negara tanpa siapa pun menjentiknya. Keluar negara pun…itu dah macam pergi balik KL – PJ,selamat sejahtera sampai ke hari ini”, katanya. Klik di sini

Kenyataan Fayyahd Bercanggah
Semalam, Fayyahd hanya mendiamkan diri. Semua kenyataannya dibacakan Surendran.
Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan. “Fayyadh semasa bertugas melindungi Anwar yang bersama kumpulan Bersih 2.0 bergerak ke arah terowong KL Sentral daripada Hotel KL Hilton, kumpulan ‘Light Strike Force’ (LSF) dilihat sudah bersedia dihujung terowong mengacukan senapang gas pemedih mata ke arah Anwar. “Untuk melindungi beliau, saya memegang tangan kirinya dan saya bergerak ke hadapan beliau untuk menghalang sebarang ancaman terhadapnya. “Pada saat itu saya merasakan kesakitan yang teramat sangat pada pipi kiri namun terus berlari membawa Anwar ke hujung terowong yang penuh dengan asap gas pemedih mata. Saya juga mendapati gas pemedih mata ditembak dari arah belakang terowong,” kata Surendren membacakan kenyataan Fayyahd. Klik di sini

Kenyataan semalam, bercanggah dengan kenyataan yang diucapkan Fayyahd sendiri pada 12 Julai lalu seperti dilaporkan Malaysiakini. “Beliau (Fayyahd) kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar. “Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menusuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih. “Tulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika mereka cuba melarikan diri.
“Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersepak lubang dan terjatuh. “Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga,” kata Fayyadh. Klik di sini
Yang mana satu betul ? Kenyataan Fayyadh pada 20 Julai atau 12 Julai ?
Anwar Lari & Terjatuh Sendiri
Namun yang pastinya kedua-dua kenyataan Fayyadh itu mengesahkan kecederaan Anwar disebabkan beliau berusaha melarikan diri dan terjatuh sendiri dan bukannya disebabkan ‘dipukul oleh polis atau FRU’ sepertimana yang digembar-gemburkan penyokong-penyokong PKR sebelum ini.


NOTA YMIS: Anwar Ibrahim masih kekal sebagai pelakon utama dalam filem 'KANTOI', dan ramai pula yang masih jadi peminat tegar beliau. Tetapi yang hairannya plot cerita hampir-hampir serupa dengan siri-siri sebelum ini, sudah ketandusan modalkah? Apa kami semua sudah buta mata, buta hati dan pendek akal macam penyokong-penyokong tegar beliau? Hakikatnya lakonan Anwar kali ini memang tidak menjadi dan GAGAL!!!

Wednesday, July 20, 2011

Mukaddimah: The Saga Begins.....

Assalamu'alaikum dan salam 1Malaysia.

Menegakkan yang hak dan membanteras yang batil. Terlalu banyak blog-blog pro-pembangkang yang merekayasa fitnah secara terang-terangan, menyebarkan cerita-cerita (dakyah?) yang tidak tepat atau langsung tidak tepat di alam siber ini. Dan ramai pula mempercayai mereka dan menjadi pengikut tegar yang langsung susah untuk 'bertaubat' pulang ke pangkal jalan dengan menerima realiti dan fakta yang betul lagi sahih. Mereka seolah-olah sudah 'dipukau' dengan berita dan cerita sensasi mereka, dan apa sahaja maklumat sahih, bukti dan fakta yang cuba diterangkan pasti mereka tolak mentah-mentah tanpa menggunakan akal fikiran, emosi semata-mata kerana bencikan kepimpinan yang ada sekarang. Mereka tidak adil kepada diri mereka sendiri sebenarnya dalam hal ini, mereka tidak mahu menggunakan akal serta kewarasan dalam menilai sesuatu cerita atau berita. Mereka menyekat minda sendiri dari mahu mengimbangi yang hak dan batil, yang tulen mahupun palsu, mereka sedaya upaya tidak mahu mengakui kesilapan mereka mahupun menerima kebenaran yang sudah jelas di depan mata.

Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN sebelum ini, terutamanya pemimpin UMNO dalam memastikan kelangsungan bangsa Melayu dan agama Islam yang dianuti serta keharmonian di antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Kemakmuran negara yang kaya dengan pelbagai sumber alam ditangani dengan baik sehingga Malaysia boleh berbangga dengan ekonominya pada hari ini, berbanding dengan negara-negara jiran mahupun negara-negara yang sedang membangun di setiap benua.

Namun masih ramai tidak bersyukur dengan apa yang telah dan sedang kita kecapi pada hari ini. Puak-puak pembangkang cuba mengkucar-kacirkan keamanan yang menjadi lambang sinonim Malaysia di mata dunia. Ekonomi yang sedang rancak berkembang dengan pelbagai inisiatif diperkenalkan oleh Perdana Menteri akan mula terjejas sekiranya tiada kestabilan politik. Malaysia menuju ke arah sebuah negara moden yang teratur, harmoni dan disanjung oleh banyak pihak terutamanya negara-negara Islam. Kita model sebuah negara Islam yang progressif tetapi fundamental, moden tetapi masih kuat akar-umbi tatasusila serta adat ketimuran yang bertunjangkan Islam. Kita mempunyai sistem demokrasi acuan sendiri dan tidak terikut-ikut dengan Barat, kita mempunyai pelbagai etnik yang berlainan agama dan pegangan, kita mempunyai sistem pemerintahan yang diakui dunia, kita mempunyai Yang Di-Pertuan Agung sebagai lambang kerajaan yang berdaulat dan pelindung keluhuran perlembagaan yang akan terus memastikan Islam sebagai agama rasmi dan bangsa Melayu sebagai bangsa berdaulat di bumi Malaysia.

Kita sama-sama membesar di dalam pemerintahan kerajaan BN. Penulis Yang Merah Itu Saga lahir di sekitar tahun 1970'an dalam suasana ekonomi Malaysia yang masih merangkak tetapi mempunyai visi yang jelas arah-tujunya. Dengan jumlah ahli keluarga yang agak besar, Penulis masih berpeluang untuk bersekolah, bermula dengan pra-sekolah secara percuma di sebuah balai polis berdekatan. Seterusnya persekolahan rendah juga dikenakan yuran yang amat rendah tetapi berkualiti, buku-buku sekolah diberi percuma, dan pada satu tahap makanan juga diberikan percuma oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Persekolahan menengah juga dikenakan yuran yang sangat-sangat minimal memandangkan Penulis datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai adik-beradik. Bukan setakat yuran persekolahan yang dikenakan amat rendah, malah diberi biasiswa pula untuk meringankan beban membeli buku-buku rujukan dan seragam sekolah. Kesemua adik-beradik seramai 5 orang yang bersekolah sekitar tahun 1980'an sehingga pertengahan 1990'an menerima wang biasiswa dari Kerajaan! Klinik pergigian juga disediakan di sekolah, percuma untuk semua. Selain dari biasiswa yang diberikan semasa bersekolah menengah, kami juga diberikan hadiah dan sedikit wang serta diraikan oleh Pemimpin-pemimpin UMNO di kawasan atau bahagian Penulis kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan besar seperti Penilaian Darjah 5 atau UPSR, SRP atau PMR dan SPM.

Keluarga Penulis sebelum itu menyewa sebuah rumah kecil di sebuah pekan kecil yang majoritinya masyarakat keturunan Cina. Sedari kecil Penulis didedahkan untuk hidup harmoni dengan bangsa-bangsa lain, dan Penulis tidak berasa janggal makan duduk semeja dan melakukan aktiviti bersama dengan bangsa-bangsa lain. Tidak pernah ada rasa prejudis atau rasis, yang ada cuma rasa muafakat, dan berlumba-lumba untuk cemerlang dalam pelajaran. Dari rumah sewa kecil, kami berpindah ke rumah konkrit yang jauh lebih selesa hasil ehsan Kerajaan di mana ayah penulis bertugas. Setiap bulan akan dipotong dari gaji ayah sekitar RM100 untuk melunaskan sewa-beli rumah. Hampir setiap malam diadakan RT atau Rukun Tetangga menjaga ketenteraman penduduk di kawasan perumahan tersebut. Melayu, Cina, India dan Serani sama-sama bersengkang mata menjalankan rutin RT. Kami sama-sama menyambut Aidilfitri dengan mereka datang berkunjung ke rumah, Tahun Baru Cina pula kami sama-sama bermain mercun, tanglung dan menerima angpow serta buah Mandarin. Kami juga berkunjung ke rumah warga India untuk merasa itli dicicah bersama kari kambing dan maruku yang ranggup.

Penulis dan 2 orang adik yang lain menuntut di Universiti-universiti tempatan, Universiti Kerajaan. Penulis di UiTM, menara gading khas untuk orang-orang Melayu dan Bumiputra. Penulis sangat bersyukur kerana terpilih untuk menuntut ilmu di sini, pertamanya kerana yuran yang dikenakan amat rendah. Penulis membayar sekitar RM300 sahaja untuk satu semester, ini sudah termasuk yuran peperiksaan, yuran pengajian, hostel yang selesa, makan-minum di hostel sebanyak 4 kali sehari!!!! Bangsa Melayu patut belajar dan tahu sejarah penubuhan MARA, sehinggalah terbinanya ITM dan diangkat menjadi Universiti semasa pemerintahan PM Tun Mahathir. Penulis sangat aktif dalam persatuan pelajar, pertamanya ingin menyedarkan bangsa Melayu akan pentingnya mempersiapkan diri dari dalam Universiti lagi untuk menghadapi dunia pekerjaan di luar nanti. Juga penglibatan dalam kepimpinan pelajar supaya tahu selok-belok berpolitik, supaya bersiapsiaga menggalas amanah yang diberikan apabila bercampur dengan masyarakat di luar terutama apabila terlibat dengan parti-parti politik.

Memasuki alam pekerjaan, Penulis rasa terpanggil untuk membalas budi Kerajaan BN dan UMNO lantas mendaftar sebagai ahli Pemuda UMNO di kawasan tempat Penulis dibesarkan. Nawaitu yang utama ialah ingin memberikan bantuan dan khidmat kepada pemuda-pemuda kawasan dalam bidang pendidikan. Dipendekkan cerita, Penulis dan adik-adik yang lain berkecimpung dalam UMNO, sebagai tanda bersyukur dan membalas budi dan jasa BN serta UMNO sehingga kami boleh menjejakkan kaki ke menara gading tanpa keluarga kami bersusah-payah mengeluarkan belanja besar. Pendidikan kami ditanggung oleh Kerajaan BN dan UMNO dari pra-sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti. Kami tidak nampak langsung apa kecacatan dan keburukkan yang Kerajaan BN serta UMNO lakukan kepada keluarga kami. Kerajaan BN dan UMNO telah menjaga Penulis dengan baik, bersungguh-sungguh memberikan peluang luas untuk berjaya, menaikkan taraf ekonomi keluarga Penulis sehingga boleh merasai senang dan selesa pada hari ini. Tidak ada sebab untuk Penulis dan keluarga membenci dan memfitnah Kerajaan BN dan UMNO setelah segala budi dan jasa yang telah diberikan. Setiap Kerajaan yang memerintah di mana-mana negara sekalipun, pasti tidak sempurna dan ada kecacatan dan kegagalan, seperti juga BN dan UMNO namun Kerajaan BN dan UMNO masih sangat relevan dan terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu Islam.

Kini Penulis YMIS sama-sama mahu berjuang di alam siber bagi menyanggah kebatilan pihak-pihak pro-pembangkang dan memperkukuhkan sokongan kepada UMNO dan pro-BN.