Monday, August 22, 2011

Anwar Mengaku Menggunakan KY Jelly Liwat Saiful.....



Sumber dipetik dari Selangor Daily, sila klik di sini.

Sejak tiga tahun yang lepas Saiful Bukhari Azlan telah menghantui hidup Anwar, ahli keluarga serta para penyokongnnya. Semuanya gara-gara laporan polis yang dibuat oleh Saiful berhubung kegiatan seks songsang bekas majikannya itu. Sejak dari situ setiap hari Anwar serta ahli keluarga dan para penyokongnya terus-menerus mengatakan apa yang terjadi ke atasnya adalah fitnah serta konspirasi oleh pihak lawannya.

Berbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan oleh Anwar untuk dia membersihkan dirinya sekiranya apa yang berlaku ke atasnya satu fitnah, termasuklah bersumpah dengan nama Allah. Juga kaedah perundangan di mahkamah. Akan tetapi Anwar tidak mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Sebaliknya mangsa yang diliwatnya dilihat lebih gentleman dan mendapat lebih kepercayaan masyarakat.

Mohd Saiful Bukhari dituduh melakukan fitnah ke atas Anwar. Akibat tidak tahan dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan ingin membuktikan beliau tidak bersalah , lantas Saiful bangkit mempertahankan dirinya dengan melakukan sumpah laknat. Soal sumpah itu ada atau tidak ada dalam kaedah islam saya tidak bercadang mengulasnya. Tetapi yang pasti adat orang-orang melayu sekiranya dia dituduh melakukan perkara yang tidak dilakukannya , cara terbaik untuk menafikannya dan memberi keyakinan kepada masyarakat adalah dengan cara bersumpah. Apatah lagi pemimpin anugerah tuhan seperti Anwar.

Masuk pula ke bab proses perundangan yang sedang berjalan sekarang setelah lebih 70 kali ditangguhkan oleh peguam-peguam Anwar sejak awal 2009. Pelik bin ajaib juga yang berlaku dalam proses ini. Anwar dan peguam-peguamnya tidak mahu menggunakan proses tersebut sebaik mungkin untuk merungkaikan kebenaran kepada dirinya tetapi lebih kepada hendak bermain politik. Tiga pilihan yang diberikan kepadanya oleh mahkamah

1) Memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pendakwaraya.
2) Memberi keterangan dengan tidak bersumpah di kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya.
3) Berdiam diri.
Anwar memilih pilihan kedua.

Sekiranya benar Anwar benar-benar berani dan tidak bersalah dia akan pilih yang pertama kerana itu pilihan yang paling berkredibiliti untuk dia mempertahankan dirinya dan merungkai kebenaran bagi pihaknya.
Kenapa dia takut untuk mengangkat sumpah dan kenapa dia takut untuk disoal balas oleh pihak pendakwaan ? Semua itu terpulang kepada masyarakat untuk membuat kesimpulan  berteraskan pepatah melayu berani kerana benar takut kerana salah.

Apabila Datuk Seri Najib dan isteri serta Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mohd Rodhwan tidak mahu memberi sebarang keterangan semasa sesi temubual bersama dengan peguam-peguam Anwar , pelbagai tuduhan-tuduhan dan kata-kata nista dilemparkan terhadap mereka semua termasuklah ayat-ayat yang mengatakan mereka semua penakut. Tetapi apabila Anwar membuat pilihan yang kedua iaitu enggan disoal balas oleh pihak pendakwaraya , kemana hilang suara-suara pencacai-pencacai Anwar yang sebelum ini lantang mengatakan mereka-mereka yang diatas penakut ?

Dua jam dan 32 muka surat Anwar peruntukkan semalam untuk dia mempertahankan dirinya. Dari 32 muka surat tersebut hanya dua perenggan atau 1 minit sahaja yang Anwar ‘pertahankan’ dirinya atau perkara yang tidak pernah kita dengar dari mulut Anwar sebelum ini . Yang lain atau 99.9999999999 % lagi semuanya adalah koleksi-koleksi apa yang diperkatakan Anwar di atas pentas-pentas  ceramah selama tiga tahun lepas yang dikutip kembali dan dibacanya semula dalam mahkamah.



Dua perenggan yang dimaksudkan adalah
1) Pintu dimana kejadian liwat berlaku tidak diselak dan Saiful ada peluang untuk melarikan diri.
2) Saiful datang dengan membawa KY Jelly bersamanya dan bersedia diliwat secara sukarela.

Dua perenggan itu yang cuba digunakan Anwar untuk ‘mempertahankan’ dirinya juga sudah menemukan kita dengan jawapan kepada persoalan apa yang berlaku dalam bilik itu. Anwar memberi gambaran kepada kita bahawa kejadian liwat yang berlaku itu bukan paksaan, sebaliknya ianya berlaku suka sama suka.

Soal paksaan atau suka sama suka adalah perkara kedua. Yang mustahaknya dalam ceramah bela diri Anwar dari kandang tertuduh semalam dia sendiri telah mengesahkan berlaku kejadian liwat.


NOTA YMIS: Anwar sendiri mengaku yang Saiful datang membawa bersamanya KY Jelly dan persoalannya bagaimana Anwar tahu yang Saiful ada KY Jelly? Adakah Anwar sebenarnya yang membekalkan KY Jelly tersebut dan bersiap sedia untuk meliwat Saiful? Atau adakah Saiful yang dengan tidak semena-mena menunjukkan KY Jelly itu kepada Anwar sebagai isyarat untuk diliwat? Atau memang Anwar sendiri yang menyimpan KY Jelly itu sebagai persediaan untuk meliwat mangsa? Dan perkara ke dua jelas menunjukkan bahawa Anwar dan saiful MEMANG berada di dalam bilik yang sama kerana Anwar mempertikaikan kenapa Saiful tidak melarikan diri kerana pintu tidak dikunci!

Apa lagi yang mahu dinafikan oleh Anwar dalam kes liwat ini? Kuasa Allah, akhirnya bukti-bukti keluar dari mulut beliau sendiri, dan rakyat perlu tahu dan faham senario kejadian yang sebenar. Jangan nanti ada pulak juak-juak pembangkang yang tuduh UMNO yang menyelitkan 2 perenggan tersebut di dalam teks 32 mukasurat itu. Hakikatnya kalau sudah otak pembangkang, tetap ingin menegakkan benang yang basah. Kita tunggu dah lihat apa lagi yang hendak mereka dustakan dalam pusingan pembelaan ini. Demi Allah, demi agama Islam dan kelangsungan bangsa Melayu, bukalah minda-minda juak pembangkang ini, berikanlah mereka ini hidayah dan terimalah perkara yang hakiki dan bukannya pembohongan dan penipuan.

Wednesday, August 17, 2011

Saiful Bukhari Bersumpah Laknat Atas Nasihat Dr.MAZA dan TGNA.....


Sumber dari Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Tiga tahun lalu, iaitu pada 15 Ogos 2008, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini menjadi saksi kepada satu peristiwa besar apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat mendakwa beliau diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peristiwa itu membawa tuduhan liwat oleh Mohd. Saiful Bukhari kepada satu episod baru apatah lagi cabarannya supaya Anwar membuat sumpah yang sama tidak disahut sehingga kini. Semalam, Mohd. Saiful Bukhari menggagahkan diri sekali lagi mengunjungi Masjid Wilayah Persekutuan yang banyak merubah nasib dirinya selepas peristiwa tersebut. Ditemani ayah, Azlan Mohd. Lazim yang menjadi simbol kekuatannya, Mohd. Saiful Azlan mengakui dia berasa terharu dan tersentuh untuk kembali ke masjid itu apatah lagi peristiwa yang penuh bersejarah tersebut masih lagi segar dalam ingatan.

“Pelbagai kisah berlaku sebelum, sewaktu dan selepas tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. “Ada antaranya diketahui umum dan ada juga yang tidak pernah saya kongsi dengan orang lain,” katanya. Mengimbau bagaimana dia tergerak untuk membuat sumpah tersebut, Mohd. Saiful Bukhari berkata, walaupun dia dengan rela hati melakukannya, namun tindakan itu tercetus daripada saranan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan disokong oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas berbincang dengan keluarga dan beberapa tokoh agama, katanya, dia mempelawa Anwar untuk bermuhabalah pada 7 Julai 2008, namun tiada sebarang tindakan diambil Anwar.
“Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan Anwar. “Namun, setelah dipelawa dan sering berdolak-dalik untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat,’’ katanya.

Mohd. Saiful Azlan menambah, selepas melafazkan sumpah tersebut, beliau telah difitnah dengan pelbagai tuduhan antaranya dikatakan sakit tenat dan terpaksa membuang air besar menggunakan tiub. Bagaimanapun, katanya, dakwaan tersebut ternyata tidak benar dan pihak yang memfitnahnya sudah memohon maaf selepas dua tahun.
Ketika ditanya bagaimana beliau mendapat kekuatan dalam menempuh hari-hari selepas mengangkat sumpah itu, Mohd. Saiful Bukhari berkata, dia tidak pernah putus memohon bantuan daripada Allah SWT.

“Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan. Namun, saya bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan daripada Allah yang saya terima,” katanya. Berkenaan dengan prosiding mahkamah pula, Mohd. Saiful Bukhari berkata, dia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan negara meskipun prosiding kes liwat berjalan agak perlahan atas sebab tertentu.
Ketika ini, katanya, dia bersyukur kerana telah memberi keterangan dan kes di pihak pendakwaan telah pun selesai sebelum memasuki peringkat pembelaan.

“Lebih pada itu saya reda dan berserah pada Allah,” katanya. Tambah beliau lagi, walaupun tempoh tiga tahun itu terasa begitu lama dan mencabar, namun dia bertuah kerana ahli keluarga dan rakan-rakan sentiasa berdoa dan membelanya dengan ikhlas. Dia juga sangat terharu dengan perjuangan para blogger yang membelanya dengan penuh ikhlas tanpa sedikit pun mengharapkan balasan.

“Saya juga bersyukur kerana telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi serta berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadat haji hujung tahun lalu. “Paling utama, saya bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya,” kata beliau.


Mengakhiri pertemuan hampir sejam itu, Mohd. Saiful Bukhari yang kelihatan sangat bersemangat dan tidak lekang dengan senyuman sempat menitipkan pesanan yang mahu dikongsi olehnya dengan semua pihak. Katanya: “Insya-Allah, di bulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.”

Monday, August 8, 2011

Apabila YB Datuk Dr.Mashitah Ibrahim Menulis Mengenai PAS.....

Sumber dipetik dari Utusan Malaysia, tulisan YB Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

1. Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

2. Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP). 

3. Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.



4. Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan Pas. Sebagaimana konsep negara Islam, Pas bercakap dulu, fikir kemudian.

5. Dan dalam hal ini, Pas kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. Pas kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi.

6. Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "Pas aloh ko DAP". Walaupun pemimpin Pas memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh.


 7. DAP anggap keputusan kerajaan Pas Kedah sebagai "tidak cerdik" (baca: bodoh) dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti. Andainya tiada ugutan kes ini dibawa ke mahkamah, masakan pucuk pimpinan Pas terbabit sehingga mendesak kerajaan negeri mengubah pendirian.



8. Dalam kes terbaru, wakil Pas di Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, dikecam teruk oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Theresa Kok atas pendirian terbukanya mempertahan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Serbuan itu dibuat atas laporan adanya usaha menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam atau memurtadkan mereka.

9. Sebelum episod ini, "Pas aloh ko DAP" di Selangor. Exco DAP Selangor, Ronnie Liu perjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut, Pas tidak boleh berbuat apa.


10. Dia arah Majlis Bandaraya Shah Alam kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual. Dia juga arahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak.


11. Pemimpin-pemimpin DAP dibenarkan masuk masjid atas urusan politik dan ada yang masuk dalam keadaan tidak ikut adab tertib Islam. Melihatkan kuatnya tekanan DAP (dan pihak lain, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, dari PKR) ke atas Hasan, nampaknya Pas akan 'aloh' lagi kepada DAP dalam hal ehwal agama dan orang Islam di Selangor.


12. Di Pulau Pinang pun sama, "Pas aloh ko DAP". Exco DAP berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sampai perarakan Maulidur Rasul pun dibatalkan. Lim Guan Eng sudah wujudkan Exco bagi bukan Islam. Sedikit demi sedikit hal-hal Islam diceroboh, dan umat Islam pula yang bertelagah sesama sendiri.


13. Sebelum ini, Pas memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak Pas mula menjalin hubungan politk dengan DAP?


14. Selepas pilihan raya 2008, orang Pas tolong jaja cerita mengenai kepimpinan Lim Guan Eng ala Khulafah Al-Rasyidin. Penceramah-penceramah Pas tolong kempen termasuk waktu kuliah maghrib di masjid-masjid mengenai idola Guan Eng iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.


15. Malah ada ustaz-ustaz Pas mengumumkan Guan Eng akan peluk Islam, tetapi terpaksa menunggu sehingga bapanya Lim Kit Siang peluk Islam dulu dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya pakatan pembanghkang berjaya menawan Putrajaya kelak.


16. Sudahlah Pas gagal melaksanakan sebarang undang-undang Islam setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, mereka meletakkan pula tanggungjawab hendak melaksanakan undang-undang Islam ke atas bahu Guan Eng dan Kit Siang.

17. Amat malang, terlalu ramai pengikut Pas yang mempercayai momokan ustaz-ustaz Pas ini, yang berjaya mewujudkan segolongan pengikut yang taksub dan mempercayai apa saja yang diucapkan.

18. Apa yang Pas berjaya lakukan ialah memberi dorongan kepada pemimpin DAP menghina Islam, menghina al-Quran dan menghina masjid. Pemimpin-pemimpin DAP sesuka hati memetik ayat al-Quran semasa berceramah politik dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti hati orang Islam.

19. Tapi Pas mempertahankan mereka walaupun hadis dan ayat al-Quran dipersenda. Soalnya: dakwah macam mana yang Pas buat untuk DAP sampai DAP jadi berani begitu? Pemimpin PKR dan Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi berani bercakap mengenai kepentingan Melayu dan kedaulatan Islam kerana dicap sebagai rasis. Kononnya atas dasar 'tahaluf siyasi', Pas berpakat dengan DAP untuk mendapat kuasa, seterusnya untuk mengembang Islam.
20. Hakikatnya Islam bukan sahaja tidak berkembang, malah pemimpin Pas sibuk pula mencari ayat-ayat Quran sebagai rujukan untuk menghalalkan tindakan-tindakan DAP. Nampak sangat kedudukan Pas yang sedang berkecamuk dan pemikiran pemimpin yang bercelaru. Negara Islam pun dah jadi Negara Kebajikan. Slogan 'Membangun Bersama Islam' kini tukar jadi 'Pas Untuk Semua. '

21. Dulu Karpal Singh kata Pas kena langkah mayat dia jika mahu tubuh negara Islam. Baru-baru ini, pemimpin Pas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yakni bekas Speaker DUN Kelantan, pula kata langkah mayat dia jika ada sesiapa mahu serang Karpal Singh.

22. Kalau Pas mendalami pengertian bahawa khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang pemimpin DAP anti-Islam setaraf Khalifah al-Rasyidin.

23. Bila timbul cerita Tengku Razaleigh Hamzah, dan bukannya Abdul Hadi Awang mungkin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang untuk menawan Putrajaya, sekali lagi 'Pas aloh'. Padahal, di kalangan penyokong Pas, Abdul Hadi adalah calon mereka dan pernah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

24. Nampaknya, Pas kecewa lagi. Tidak hairanlah jiwa Pas kini sakit, hatinya penuh dengan dendam dan nafsu Qarun yang semakin membuak. Saya percaya ramai pemimpin dan ahli Pas asal menangis melihat rupa wajah Pas hari ini: parti pak turut yang melukut di tepi gantang, parti yang aloh sokmo.

Nota YMIS: Sangat-sangat kecewa dengan pendirian dan tindak-tanduk pemimpim-pemimpin PAS!!! Apa lagi yang perlu didebatkan, hakikatnya sudah terang bersuluh pula arah-tuju dan nawaitu perjuangan PAS kini.....

Tuesday, August 2, 2011

Rakyat Sambut Baik Mengundi Di Luar Negara

Sumber dari Utusan Malaysia, sila klik sini.


KUALA LUMPUR 2 Ogos — Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji bagi membolehkan rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di luar negara mengundi pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menerima maklum balas positif.

Beberapa pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara berkata ia akan membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dan memilih kerajaan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Namun begitu ia perlu dilakukan sebaik mungkin dan mengenakan syarat dan peraturan tertentu supaya ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Pelajar University of Nottingham, United Kingdom, Anita Adnan, 39, berkata cadangan SPR itu boleh dilaksanakan tetapi semua usaha dan prosesnya perlu telus dan jujur.

Pelajar tahun akhir pengajian Doktor Persuratan itu berkata masalah mengendalikan pengundian berselerak di serata dunia ialah terdapat ruang dan peluang bagi pihak tertentu memanipulasi peti undi dan bilangan undi.

"Ia perlu dilakukan bersistem dan rapi terkawal, kalau tidak ia tidak perlu diadakan langsung," katanya ketika dihubungi melalui laman sosialnya.

Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perkara itu kini dalam peringkat kajian, termasuk mendapatkan pandangan Penasihat Undang-undang SPR sama ada langkah itu membabitkan pindaan undang-undang.

Katanya, sekiranya ia boleh dilaksanakan, pelajar dan pekerja Malaysia yang berada di luar negara boleh melakukannya di pejabat kedutaan di luar negara.

Antara masalah yang dihadapi kedutaan ialah kesukaran untuk mengenal pasti alamat sebenar kerana ramai yang tidak mendaftarkan keberadaan mereka kepada kedutaan, kata Abdul Aziz.

Seorang kakitangan swasta sebuah syarikat arkitek di Wellington, New Zealand, Mohd Syafieq Lee Abdullah, 47, berkata beliau bersetuju dengan cadangan itu tetapi pada masa sama proses itu hendaklah dipantau bersama oleh parti pembangkang.

"Syarat ini mesti dipatuhi sama seperti proses yang diadakan di Malaysia," katanya yang berasal dari utara semenanjung yang sudah 20 tahun berkelana sejak mengikuti pengajian di sebuah universiti di Wellington.

Pelajar pasca graduan jabatan akaun Victoria University of Wellington, Nor Balkish Zakaria berkata sekiranya cadangan ini dapat dilaksanakan, ia satu langkah yang ditunggu-tunggu kerana sebagai rakyat Malaysia, mereka juga mahu menunaikan tanggungjawab mengundi yang selama ini tidak kesampaian.

"Mekanisme pengundian perlu telus supaya tidak ada ruang untuk dikritik," kata Pensyarah Akauntansi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat yang sedang menyambung pelajaran di Nottingham, United Kingdom.

Zulazli Mohd Aziz, 39, yang sudah empat tahun berada di perantauan berkata undi di luar negara boleh dilaksanakan, tetapi setiap warga Malaysia yang berada di luar negara perlu menyokong cadangan itu.

Beliau juga mempersoalkan apakah rasional pengundian di luar negara yang dicadangkan, dan adakah ia berbaloi diadakan berbanding jumlah rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengikut peratusan dan statistik.

"Kalau habis duit untuk persediaan mengundi tetapi mereka tidak hadir mengundi bukankah ia satu pembaziran duit kerajaan? Jangan nanti banyak dana yang dibelanjakan hanya untuk mendapat undi yang sedikit," kata bapa kepada tujuh anak itu. — BERNAMA

Nota YMIS: Ramai warganegara Malaysia yang berada di luar samada sedang belajar atau bekerja tidak mempunyai maklumat betul, lengkap dan sahih mengenai iklim politik Malaysia terkini. Mereka lebih banyak membaca dari blog-blog 'sensasi' pro-pembangkang serta youtube yang telah dimanipulasi. Mentaliti rakyat Malaysia di luar negara amat berbeza terutamanya yang bekerja. Antara alasan mereka perlu bekerja di luar negara ialah kerana kerajaan tidak adil, kerajaan tidak menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang tinggi, "kalau di Malaysia mana nak dapat gaji sebegini besar", dan kebanyakkan mereka kecewa dengan sistem syarikat. Persoalannya ialah apakah ini semua silap kerajaan atau sistem itu memang amalan syarikat swasta tempat mereka mencari rezeki?

YMIS menyokong cadangan SPR untuk memberikan peluang kepada warga Malaysia di luar negara untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sama-sama mengundi dalam PRU-13 nanti. YMIS mempunyai ramai rakan-rakan yang bekerja di luar negara dan mereka mengikuti setiap perkembangan politik mahupun sosio-ekonomi Malaysia. Mereka boleh membuat perbandingan wajar dan saksama mengenai kehidupan sebagai perantau dan di negara sendiri. Malaysia masih negara terbaik buat rakyat Malaysia, walau hakikatnya hujan emas di negara orang.....

Monday, August 1, 2011

Tipu, Tipu dan Tipu Lagi!!!

Sumber dari blog Suara Lensa, sila klik sini.

Itulah tema yang sesuai buat pakatan pembangkang di Malaysia. Satu tema yang kotor akan tetapi 'bersih' bagi mereka. Konsep tema ini sudah tentu milik Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang. Ia dicipta semata-mata mahu menggaburi mata rakyat. Dengan penciptaan tema sejak sekian lama inilah yang menyebabkan banyak perkara yang terbongkar. Selain kes skandalnya bersama pelacur China, kini Raja Drama itu membuat satu lagi drama. Bersih2.0. Pendemo mati. Tapi apakan daya. Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah, 'si mati' itu bukan sahaja kembali bernafas, tetapi mampu bersuara bagi mendedahkan kekotoran yang berlaku.
Suhardi Mohd mengakui beliau diupah untuk melakonkan watak si mati. Dan beliau juga tidak menafikan wanita berpurdah yang menangis kesayuan yang kelihatan dalam video yang dimainkan oleh pembangkang itu juga adalah antara pelakon ciptaan pembangkang. Takbir !!!

Nota YMIS: Mereka mencipta pelbagai kekalutan dan penipuan secara terang-terangan seolah-olah rakyat Malaysia ini dungu, bodoh dan buta. Mereka boleh menipu sekali, dua kali tetapi tidak banyak kali kerana penipuan yang mereka lakukan akan terbongkar dan terselak luas di hadapan mata rakyat. Allah Maha Adil, segala penipuan dan kemunafikkan mereka ini akan ditonjolkan kepada khalayak ramai. Tetapi yang sedihnya, masih ramai yang tidak mahu mengaku akan kebenaran penipuan yang telah dilakukan, mereka tidak mahu akur bahawa pemimpin mereka itu telah melakukan pembohongan besar-besaran terhadap mereka, penipuan terang-terangan. Mereka masih lagi tidak insaf dan muhasabah diri, masih mahu menegakkan benang yang basah. Hakikatnya, setiap hari akan terbongar pembohongan mereka, akan terpapar penipuan mereka. Kita tunggu dan lihat.....