Thursday, July 21, 2011

Anwar Mendakwa Dia Cuba Di Bunuh Di Depan Ribuan Pengikut.....

Sumber dari blog AIDC, sila klik sini.

Dah Agak Dah…Akhirnya Mesti Masuk Skrip Cuba Bunuh Anwar..

AIDCNews – 21/07/11 – Setelah hampir sebelas hari Fayyahd Afiq Albakqry, pegawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ‘cedera parah’, akhirnya semalam, 20 Julai, pegawal peribadi yang berumur 25 tahun itu tampil membuat laporan polis dan mengemukakan saman sivil kepada polis yang didakwanya mengakibatkan kecederaannya. Kejadian berlaku pada 9 Julai, kenapa baru lapor polis pada 20 Julai ?

Masih ingat lagi kes Anwar arahkan peguamnya, Lateffa Koya tukar skrip dua saksi, Muhamad Rahimi Osman dan Rasid Rosidi di Quality Hotel ? Apakah peranan Lateffa kini diambil alih oleh Naib Presiden PKR, N Surendran ? Semalam, semasa lapor polis, Fayyahd tidak bercakap, yang bercakap bagi pihaknya adalah peguamnya, N Surendran. “Mereka (skuad penembak FRU) bertujuan menembak secara direct di kepala Anwar dengan salah satu kanister yang boleh membunuh. Kami mahu kes ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh” kata Naib Presiden, N Surendran seperti dilaporkan Malaysian Insider. Klik di sini
Tiada sebarang bukti atau apa-apa dokumen dikemukakan, semuanya hanya tuduhan semata-mata.

Laporan doktor yang merawat Fayyahd di Hospital swasta Pantai pun tidak dikemukakan. Kemudian Naib Presiden lantikan PKR itu menambahkan lagi asas pertuduhan dengan mendakwa “Cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki Datuk Seri Wan Azizah, ancaman terhadap cucu Anwar dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998″, kata Surendran seperti dilaporkan Suara Keadilan. Klik di sini
Rosli Ismail, wartawan Agendadaily berkata tidak masuk akal polis mahu menembak Anwar di tempat ribuan orang awam memandangnya yang boleh dijadikan saksi. “Tak ada ke tempat lain yang sunyi sepi ke ? Contohnya macam waktu di bilik apartmen tempat seorang aktor lelaki perkasa sedang lanyak GRO China…bukankah operasi nak bunuh orang ini boleh dilakukan dengan mudah,tenang dan jayanya”, katanya. Menurutnya spin Anwar nak kena bunuh bukan cerita baru, tetapi cerita lama yang sentiasa diulang tayang sejak dari zaman eformasi.

“Dulu lagi semasa awal-awal Saiful Bukhari Azlan dakwa dia diliwat Anwar – Ketua Umum PKR itu cabut lari masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Siapa boleh lupa drama itu. Lepas tu bukankah timbul dakwaan ada ancaman keatas nyawa Anwar. “Ini belum lagi masuk bab dakwaan racun arsenik masa dalam penjara Sungai Buloh dulu. Begitu juga dakwaan suntikan HIV lah. “Aneh juga Anwar masih boleh bersiul-siul bebas ke sana kemari ceramah serata ceruk negara tanpa siapa pun menjentiknya. Keluar negara pun…itu dah macam pergi balik KL – PJ,selamat sejahtera sampai ke hari ini”, katanya. Klik di sini

Kenyataan Fayyahd Bercanggah
Semalam, Fayyahd hanya mendiamkan diri. Semua kenyataannya dibacakan Surendran.
Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan. “Fayyadh semasa bertugas melindungi Anwar yang bersama kumpulan Bersih 2.0 bergerak ke arah terowong KL Sentral daripada Hotel KL Hilton, kumpulan ‘Light Strike Force’ (LSF) dilihat sudah bersedia dihujung terowong mengacukan senapang gas pemedih mata ke arah Anwar. “Untuk melindungi beliau, saya memegang tangan kirinya dan saya bergerak ke hadapan beliau untuk menghalang sebarang ancaman terhadapnya. “Pada saat itu saya merasakan kesakitan yang teramat sangat pada pipi kiri namun terus berlari membawa Anwar ke hujung terowong yang penuh dengan asap gas pemedih mata. Saya juga mendapati gas pemedih mata ditembak dari arah belakang terowong,” kata Surendren membacakan kenyataan Fayyahd. Klik di sini

Kenyataan semalam, bercanggah dengan kenyataan yang diucapkan Fayyahd sendiri pada 12 Julai lalu seperti dilaporkan Malaysiakini. “Beliau (Fayyahd) kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar. “Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menusuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih. “Tulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika mereka cuba melarikan diri.
“Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersepak lubang dan terjatuh. “Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga,” kata Fayyadh. Klik di sini
Yang mana satu betul ? Kenyataan Fayyadh pada 20 Julai atau 12 Julai ?
Anwar Lari & Terjatuh Sendiri
Namun yang pastinya kedua-dua kenyataan Fayyadh itu mengesahkan kecederaan Anwar disebabkan beliau berusaha melarikan diri dan terjatuh sendiri dan bukannya disebabkan ‘dipukul oleh polis atau FRU’ sepertimana yang digembar-gemburkan penyokong-penyokong PKR sebelum ini.


NOTA YMIS: Anwar Ibrahim masih kekal sebagai pelakon utama dalam filem 'KANTOI', dan ramai pula yang masih jadi peminat tegar beliau. Tetapi yang hairannya plot cerita hampir-hampir serupa dengan siri-siri sebelum ini, sudah ketandusan modalkah? Apa kami semua sudah buta mata, buta hati dan pendek akal macam penyokong-penyokong tegar beliau? Hakikatnya lakonan Anwar kali ini memang tidak menjadi dan GAGAL!!!

No comments:

Post a Comment